Pertempuran bermula dengan perwira kedua tentera bersemuka untuk bertarung. Tiga orang Ansar muncul dari barisan Muslim, tetapi ditolak Musyrikin Makkah, yang tidak mahu memulakan persengketaan tidak perlu dan cuma mahu berlawan dengan Muhajirin Makkah. Lalu keluarlah Ali, Ubaidah dan Hamzah. Mereka berjaya menewaskan wakil Quraisy dalam perlawanan tiga-lawan-tiga, walaupun Ubaidah cedera membawa maut.
Kini, kedua-dua pihak memulakan serangan panah terhadap satu sama lain. Dua orang Muslim dan beberapa orang Quraisy telah terbunuh. Sebelum serangan bermula, Muhammad telah mengeluarkan arahan kepada tentera Muslim untuk menyerang dengan senjata jarak jauh, dan hanya berhadapan dengan tentera Quraisy dengan senjata tangan apabila mereka mara .
Beginda mengarahkan untuk menyerang iaitu dengan mmembaling segenggam batu kerikil kepada tentera Makkah yang mungkin perlakuan lazim orang Arab sambil meneriak "Cacatlah muka itu!". Tentera Muslim turut menjerit "Ya man Sur amit!" dan mara kebarisan tentera Quraisy.
Ketegangan serangan pihak Muslim boleh dilihat dalam beberapa ayat Quraan, yang merujuk ribuan malaikat turun dari langit ke Bandar untuk mengalahkan Quraisy. Sumber awal Islam mengambilnya secara harfiah, dan terdapat beberapa hadis yang baginda Nabi Muhammad membincangkan Malaikat Jibril dan peranannya dalam peperangan itu. Bagi pihak Musyrikin Makkah, kekurangan dan tidak bersemangat untuk berperang menyebabkan mereka berpecah dan bertempiaran lari. Peperangan hanya berlangsung selama beberapa jam dan tamat menjelang awal tengah hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan