Khamis, 8 Disember 2011

Nabi Ayub a.s.

Bismillaah hirahman hirahim.
Alhamdullilah, kali ini ustazah dengan izin Allah s.w, dapat menulis di blog ini lagi tentang Nabi Ayub a.s. yang mana ia adalah seorang nabi yang tekenal dengan sifat kesabarannya. 
Nabi Ayub a.s. mengambarkan manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahawa baginda berada dipuncak kesabaran.  Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bangsa, agama dan pada setiap budaya.  Allah s.w.t. telah memujinya dalam kitabnya yang berbunyi:
            "  Sesungguhnya kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar.  Dialah sebaik-baik hamba.  Sesungguhnya dia amat taat (kepada tuhannya) "  (Al-Quraan Surah. Sod:44)

Dalam pandangan Islam, Nabi Ayub a.s. ialah salah seorang 25 Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam islam, juga baginda merupakan seorang dari Nabi-Nabi Bani Israel dan salah seorang manusia pilihan dari jumlah manusia pilihan yang mulia.  Allah telah menceritakan dalam kitabnya dan memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus.  Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya.  Allah s.w.t. telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar menunaikan perintah Allah dan terus menerus bertaubat kepadanya.

Setelah Nabi Ayub a.s. menderita penyakit kronik dalam jangka masa yang cukup lama, dimana sahabat dan keluarganya telah melupakannya, maka baginda telah menyeru kepada Rabbnya,
              " Ya Rabbku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan engkau adalah Yang Maha Penyayang diantara yang penyayang ".  (Al-Quraan Surah Al-Anbiya:83)
Dikatakan kepadanya pula,
              " Hentakkanlah kaki mu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum ".  (Al-Quraan Surah Sod:42)
Maka Nabi Ayub a.s telah menghentakkan kakinya, maka memancarlah mata air yang dingin kerana hentakan kakinya itu.  Setelah meminum dan mandi maka Allah telah menghilangkan penyakit yang menimpa batinnya dan lahirnya.

Kemudian Allah telah mengembalikan kepadanya keluarganya, hartanya sejumlah nikmat serta kebaikan yang dikurniakan kepadanya dalam jumlah yang banyak.  Dengan kesabarananya itu maka baginda merupakan seorang yang bulih diteladani sebagai orang-orang yang sabar, penghibur bagi orang-orang yang mendapat ujian atau ditimpa musibah serta pelajaran berharga bagi orang-orang yang mau mengambil pelajaran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a dari Nabi s.a.w, baginda bersabda,
    "  Sesungguhnya Nabi Allah Ayub diuji dengan musibah tersebut selama lapan belas tahun, dimana semua keluarganya telah menolaknya dan mengusirnya kecuali dua orang lelaki dari saudara-saudarannya, dimana keduanya telah memberinya makan dan mengunjunginya.  kemudian pada suatu hari salah seorang dari kedua saudaranya itu berkata kepada saudaranya yang satu,
' Demi Allah, perlu diketahui, bahawa Ayub telah melakukan suatu dosa yang belum pernah dilakukan siapa pun di dunia ini '.
Sahabat itu bertanya,
' Dosa apakah itu? '
Saudaranya tadi berkata,
' Selama lapan belas tahun Allah tidak merahamatinya, sehingga tidak menyembuhkan penyakit yang dideritainya. '
Ketika keduanya mengunjungi Ayub a.s maka salah seorang dari kedua saudaranya itu tidak dapat menahan kesabarannya, sehingga ia menyampaikan perbicaraan tersebut kepada Nabi Ayub a.s.  Lalu Nabi Ayub a.s menjawab,
'  Aku tidak mengetahui apa yang kamu berdua bicarakan, kecuali Allah Taala telah memberitahukan, bahawa aku diperintah untuk mendatangi dua orang lelaki yang berselisih supaya keduanya mengingati Allah.  Sedang aku akan kembali kerumah ku dan menutup diri dari keduanya, kerana merasa benci dalam mengingati Allah, kecuali dalam kebenaran. "
thumbs 06 Gambar Titisan Air yang Sangat Cantik dan Menakjubkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan